Friday 18 November 2011

Minggu Hak Asasi Manusia (HAM)

Minggu Hak Asasi Manusia (HAM) bertemakan "Crimes of War" ini telah diilhamkan dengan hasrat mengangkat isu kemanusiaan dan kezaliman perang di Palestin sebagai isu hak asasi manusia yang wajar diperjuangkan oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia tanpa mengenal batasan agama, bangsa, warna kulit, bahasa pertuturan dan sebagainya.

Isu kezaliman perang di Palestin telah berlarutan sejak tertubuhnya negara haram Israel pada tahun 1948 di tanah yang didiami oleh majoriti warga Palestin yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, dan keturunan. Isu ini telah mendapat perhatian masyarakat dunia terutamanya selepas perang 22 hari pada Disember 2008 dan insiden serangan askar Israel ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke wilayah Gaza di Palestin.

Malaysia tidak terlepas peluang mengambil bahagian dalam usaha menegakkan hak dan nasib warga Palestin yang tertindas di bumi sendiri. Pelbagai NGO telah ditubuhkan dan usaha menghulurkan bantuan ke Palestin tidak putus-putus saban tahun. Kerajaan Malaysia dan pelbagai institusi yang berpusat di Malaysia telah mengeluarkan kenyataan keras mengutuk layanan kejam Israel ke atas warga Palestin.

Namun, usaha sedia ada masih belum cukup untuk membantu menyelesaikan konflik Palestin-Israel. Usaha yang berterusan harus dilakukan hinggalah kezaliman Israel terhadap warga Palestin dihentikan dan negara Palestin dibebaskan. Usaha juga harus dipelbagai tanpa terhad kepada bantuan makanan, pakaian, dan wang ringgit semata-mata. Bantuan dari sudut kepakaran dalam bidang ekonomi, pendidikan, agrikultur dan sebagainya harus disumbangkan supaya warga Palestin dapat menikmati hak-hak mereka sebagai warga dunia yang merdeka.

Justeru, Minggu Hak Asasi Manusia (HAM) yang julung-julung kalinya diadakan di Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH) ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada bermulanya usaha sepadu meliputi semua agama, kaum, dan etnik di UKM khususnya dan Malaysia amnya ke arah mewujudkan perubahan positif di Palestin.

Ayuh kita bangkit bersama membina perubahan.

"Be the change you want to see in the world - Gandhi"

4 comments:

  1. kenapa syarat n borang pertandingan tu xboleh download pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam alaykum Raiyana Salha. Seharusnya ia boleh dimuat-turun. Saudari perlu klik pada link yang diberikan dan browser akan membawa saudari ke laman mediafire untuk memuat-turun fail. Kami menggunakan khidmat mediafire untuk 'file hosting'.

      Harap ia menjawab soalan saudari.

      Delete
  2. the prize is not clearly stated and need yuran penyertaan >.<

    ReplyDelete
  3. ...still, hopefully it will not discourage you to participate. The prizes will be satisfying insyaAllah.

    ReplyDelete