Konvoi Peduli Palestin

"Konvoi Peduli Palestin" adalah kempen kesedaran yang akan diadakan melalui lawatan ke kolej-kolej kediaman seluruh UKM. Kempen ini dijalankan untuk memastikan mesej yang cuba dibawa melalui Minggu Hak Asasi Manusia (HAM) dapat sampai kepada semua warga UKM tanpa mengira bangsa, agama, dan status.

Maklumat konvoi adalah seperti berikut:

Tarikh: 8 Mac 2012 (Khamis)
Masa: 9.30 - 11.00 malam
Tempat mula: Kolej Antarabangsa Ibu Zain
Tempat berakhir: Uptown Kajang



Konvoi akan disertai seluruh pasukan HAM, warga IZISH dan rakan-rakan seperjuangan yang sedia memberikan sokongan untuk merealisasikan kempen pungutan RM 100,000.00 untuk pembangunan pendidikan di Palestin.

Semoga usaha ini mendapat sokongan dan bantuan semua pihak.