Pertandingan-pertandingan

Bersempena dengan Minggu Hak Asasi Manusia (HAM) ini, 3 pertandingan akan diadakan iaitu:

(1) Pertandingan Menulis Puisi
(2) Pertandingan Menulis Rencana
(3) Pertandingan Video Dedikasi


                         SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1.1               Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua orang ramai.
1.2               Setiap penyertaan mestilah menggunakan borang penyertaan rasmi yang boleh dimuat turun dalam laman web Minggu Hak Asasi Manusia, www.crimes-of-war.blogspot.com.
1.3               Tema pertandingan ialah STRIVE FOR PALESTINE / BERJUANG UNTUK PALESTIN.
1.4               Setiap peserta dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
1.5               Karya bebas dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
1.6               Setiap karya yang dihantar tidak akan dikembalikan semula dan menjadi hak milik pihak penganjur.
1.7               Setiap karya hendaklah hasil nukilan penulisan asli dan belum pernah disiarkan oleh mana-mana bahan cetakan. Karya yang diciplak, plagiat, atau terjemahan tidak akan diterima dan terbatal.
1.8               Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
1.9               Pemarkahan diberikan kepada ketepatan dan kesesuaian dengan tema pertandingan dan keaslian karya.
1.10            Pihak penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan, menayangkan dan mencetak hasil karya kreatif peserta.
1.11            Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan dan kerosakan penyertaan yang dikirim.
1.12            Dua (2) kategori yang dipertandingkan:

Kategori A : KARYA KREATIF
i)                    Kategori ini terdiri daripada dua bahagian:
a)      Penulisan puisi
b)      Penulisan rencana (tidak melebihi 3,000 patah perkataan)
ii)                   Yuran penyertaan:
a)      Menulis puisi: RM5.00
b)      Menulis rencana: RM10.00
iii)                 Karya hendaklah ditaip di atas kertas A4 menggunakan Times New Roman bersaiz 12 ( Font 12) spacing 1.5  dan dicetak pada sebelah muka setiap helaian kertas.
iv)                 Setiap peserta dikehendaki menghantar penyertaan dalam bentuk hardcopy, manakala, softcopy dihantar melalui email.

Kategori B :MEDIA KREATIF (VIDEO)
i)                    Kategori ini terdiri daripada filem/video pendek.
ii)                   Yuran penyertaan :
a)      Individu : RM 10.00
b)      Kumpulan : RM 20.00
iii)                 Penyertaan bagi kumpulan ialah seramai 3-5 orang.
iv)                 Penyertaan hendaklah diantara 5-7 minit.
v)                  Penyertaan mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana festival filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
vi)                 Karya hendaklah dihantar dalam bentuk salinan DVD. Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.   

PANEL JURI
    2.1               Juri akan dilantik oleh pihak penganjur seramai 5 orang.
    2.2               Pihak penganjur berhak melantik panel juri yang layak dan tidak boleh dipertikaikan di mana-mana forum atau dengan apa cara sekalipun.
    2.3               Keputusan juri adalah MUKTAMAD. Sebarang pertikaian tidak akan dilayan.

    HADIAH
    3.1               Hadiah yang disediakan adalah dalam bentuk wang tunai dan sijil penyertaan.

               TARIKH
    4.1             Borang penyertaan yang lengkap hendaklah disertakan dengan:
    a)      Biodata peserta
    b)      Yuran penyertaan (dalam bentuk wang pos)
    c)       Salinan DVD yang telah dilabel (lihat contoh pada borang penyertaan)
    d)      Perakuan penyertaan adalah kerja asli.         
    4.2             Penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada 11 Mac 2012.

    PENYERAHAN KARYA
    5.1           Segala urusan penghantaran dan pengeposan hasil ciptaan adalah dibawah tanggungan peserta.
    5.2          Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas kehilangan, kerosakan dan kelewatan hasil nukilan yang dikirimkan.
    5.3              Sebarang penyertaan dan penyerahan hasil karya hendaklah diserahkan kepada :

    Urus Setia,
    Pertandingan Mencipta Puisi dan Video,
    Minggu Hak Asasi Manusia,
    Pejabat Pentadbiran Kolej Antarabangsa Ibu Zain,
    Universiti Kebangsaan Malaysia,
    43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
    (U/p : WAN HAFIZAH BINTI ZULKIFLI)
    Tel       : 03-89215602
    : 013-9024274
    Email   : ham.ukm@gmail.com

                                                    
                                               LABEL DVD VIDEO DEDIKASI
    6.1             Setiap DVD hendaklah mengandungi butiran seperti Tajuk Video, Nama Peserta, dan Nama Sekolah/Universiti menggunakan pen marker dakwat kekal di atas  DVD berkenaan.

    Borang penyertaan boleh dimuat-turun di sini.