Pameran : Open Your Eyes

  
"Open Your Eyes" adalah tema pameran yang akan dijalankan bersempena dengan Minggu Hak Asasi Manusia (HAM). Pameran yang akan dijalankan akan membentangkan kesan jenayah peperangan akibat konflik berterusan Israel-Palestin dalam 5 aspek iaitu:

(a) Kemusnahan fizikal (bangunan, infrastruktur, rumah)
(b) Korban nyawa (anak, kecil, wanita, warga tua)
(c) Kecacatan anggota, penyakit, dan kualiti kesihatan
(d) Kesan psikologi dan pendidikan anak-anak
(e) Kesengsaraan hidup seharian (sosio-ekonomi, kehidupan di bawah pemerintahan tentera, kehidupan di kem-kem pelarian)

Pameran akan turut melibatkan NGO-NGO luar yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam menangani isu Israel-Palestin seperti:

(a) Aman Palestin Berhad
(b) Aqsa Syarif Berhad
(c) Yayasan Amal Malaysia
(d) Islamic Relief Malaysia
(e) MAPIM
(g) MERCY Malaysia



Semua warga UKM dijemput hadir memeriahkan tapak pameran.