Forum : Crimes of War


Tidak sempurna sekiranya Minggu Hak Asasi Manusia (HAM) ini tidak diisi dengan pengisian ilmiah yang membina kefahaman yang lebih baik terhadap isu kezaliman perang di Palestin. Bagi merealisasikan hasrat ini, satu forum bertajuk "Crimes of War" akan dianjurkan. Forum ini akan membincangkan tentang kesan-kesan kekejaman perang yang berlaku di Palestin.
 
Butiran forum adalah seperti berikut:

Tarikh: 9 Mac 2012 (Jumaat)
Masa: 9.30 - 11.00 malam
Tempat: Dataran Kolej Antarabangsa Ibu Zain


Ahli Panel forum terdiri daripada:
  • En. NorAzam Abu Samah, Timbalan Pengarah MERCY Malaysia
  • Ir. Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Pengarah Islamic Relief Malaysia
  • Imam Muda Asyraf, Juara Imam Muda Musim Pertama
Forum ini akan dipengerusikan oleh En. Ahmad Fedtri Yahya, Personaliti Terkenal TV3.

 
Seluruh warga UKM dan penduduk Bangi dan Kajang yang berdekatan dijemput hadir sama untuk memeriahkan majlis.